diadaptasi dari cerita dr Ala Hilat.
(sebarang komentar,sila text saya ya)
ade sebuah pasangan suami isteri ni.
kita andaikan namanya ahmad dan alia.
perkahwinan mereka dah lama,namun dengan izin Allah,mereka masih belum menerima zuriat.
pada satu hari,ahmad mengajak alia ke klinik untuk wat pemeriksaan kesihatan.
nama doctor:Dr Azri
doctor azri kata, minggu depan baru dapat
keputusannya.
seminggu berlalu.
time amek keputusan tu,ahmad yang ambil.
alia duk dalam kete.
dr azri kata:"nampaknya,memang kalian tak akan dapat rezeki melainkan dengan mukjizatNya,even kamu berubat ke America pun,memang tiada harapan..hanya Dia mampu tolong.."
dengan hati yang sedih,ahmad pulang ke rumah.
alia tanya "sapa yang mandul?"
beberapa tahun kemudian,dengan izinNya,
alia menghadapi sakit buah pinggang.
buah pinggangnya rosak sebelah.
keadaan makin kritikal.
tiada yang dapat bantu ketika itu,melainkan dengan membeli buah pinggang yang baru di Iran.
hanya berbaki 48jam.
kalau x,nyawa alia tak dapat diselamatkan…
dengan kasih saying dan rasa tanggunjawab,ahmad berjanji pada alia untuk dapatkan buah pinggang unutknya,,pergi ke Iran..
demi isterinya yang tersayang.
Alhamdulillah,keadaan alia kembali pulih seperti sedia
kala.
tahun demi tahun berlalu.
rumahtangga mereka dari hari ke hari bertambah suram.
alia yang dulunya rajin masak buat sumai tercinta,kini menjadi malas.
tanggungjawabnya dibiarkan begitu.
rumah tidak diurus sebaiknya.
ahmad risau.
ahmad pelik.
ahmad bertanya padanya pada satu hari "kenapa awak berubah?seakan-akan ade masalah…"
alia menjawab "saya nak kan zuriat…saya tahu awak baik,,tapi saya nak zuriat..saya xnak orang kata saya mandul..saya malu..saya nak awak ceraikan saya…"
ahmad tersentap.
ahmad merayu padanya "beri saya 3bulan..kemudian,kemudian baru saya ceraikan.."
alia bersetuju.
3bulan tu penuh bermakna buat ahmad.
setiap nafas,dia berdoa padaNya agar mereka dikurniakan zuriat.
tawakal yang semaksimumnya dihamparkan hanya padaNya.
malam yang dilalui tak pernah lekang dengan tahajud.
dengan linangan air matanya,berdoa dan terus
berdoa.
3bulan berlalu.
sekali lagi bilik Dr Azri diketuknya.
kalini,ahmad bawa alia jumpa doctor.
untuk buat pemeriksaan sekali lagi..
seseuatu yang takjub berlaku.
dr azri tanya pada alia.."apa yang awak dah buat?buat rawatan di negara mana?makan ubat apa?"
dgn muka cemas,alia bertanya.."kenapa?"
dr azri jawab "awak dulu kan mandul..sekarang ni,setelah pemeriksaan ni buat,saya dapati awak dah tak mandul…"
alia pandang ahmad.
ahmad tunduk,
menceritakan perkara sebenarnya.
"sebenarnya,bukan saya yang mandul..tapi awak..tapi saya xnak awak malu,saya xnak awak sedih,,biar saya tanggung sorang2 rasa tu…sebab tu dulu saya kata saya yang mandul..3bulan yang berlalu ni,saya berdoa padaNya,,agar awak dapat melahirkan zuriat..agar kita kekal bersama…"
air mata alia bergenang.
ahmad berkata lagi.."dan sebenarnya,,buah pinggang yang awak guna sekarang adalah buah pinggang saya.. xlogik untuk saya pergi ke Iran dalam masa 48jam..dan sebenar nyadalam tempoh 7tahun ni,saya hanya hidup dengan sebuah buah pinggang..saya yakin,saya mampu hidup bila saya betul2 bergantung padaNya…Dia sebaik-baik tempat saya bergantung…"
T_T
Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Andai kalian bertawakal dengan Allah dengan sebenar-benarnya,nescaya Allah akan memberi rezeki kepada kalian seperti member rezeki kepada burung.mereka keluar pada pagi dengan perut kosong dan pulang dengan perut kenyang…"